Sunday, 31 July 2011

Takdir

.
Asslamualaikum



Takdir...
Setiap orang pasti mempunya takdir mereka tersendiri...
Tapi...Apakah Manfaat Takdir...

Manfaat Takdir

Adakah Allah menetapkan takdir tanpa adanya  manfaat di sebalik takdir tersebut ? Percayalah Allah bersifat Adil dalam menetapkan Takdir. Jika memang terdapat  di dalam ketepatanNya, sudah tentu ada hikmah dan manfaat yang besar di sebalik ketepatan itu. Cuba kita lihat persoalannya dengan lebih jauh. Anggapla Allah menetapkan sesuatu yang baik seperti kita mampu merasakan adanya manfaat yang besar dari dari ketetapan Allah itu. Nikmat memang selalu dirasakan sebagai sesuatu yang meyenangkan dan bermanfaat. Benar bukan ? Tapi, bagaimana jika kita mengalami hal yang sebaliknya ? Bagaimana kalau kita ditakdirkan untuk mendapat dugaan yang berat dan menyakitkan dari segi fizikal dan mental ? Adakah ada manfaat di sebalik ketetapan Allah itu ? 

Dua Jenis Takdir 

Terdapatdua jenis takdir yang sentiasa berlaku pda manusia. Dari berbagai ketetapan Allah yang kita alami hari-hari, semuanya boleh digolongkan dalam dua ketogori besar iaitu nikmat dan dugaan. Kita selalu berjalan di antara dua keadaan ini, sekiranya kita tidak mengalami nikmat atau kesenangan  , tentu kita sedang mendapat dugaan atau sesuatu yang tidak kita suka. Cuba anda kumpul dan inggat kembali perkara-perkara yang pernah anda alami, tentu anda akan menemukan bahawa semua itu boleh dimasukkan ke dalam salah satu dari dua ketogori di atas. Pada satu ketika anda beroleh nikmat, anugerah kesenangan atau sesuatu yang bernilai positif. Sementara pada waktu yang lain anda mengalami kesukaran , dugaan, beban, kerugian atau sesuatu yang bernilai negatif. Anda selalu berada di antara kedua keadaan itu, besar atau kecil, sedikit atau banyak. Yang menjadi inti pati persoalannya, bagaimana anda menangani kedua keadaan tersebut dengan bijak, bukannya berusaha memilih salah satu keadaan dan kemudian mengeluh sekiranya ditimpa oleh keadaan yang lain. Kedua-dua keadaan tersebut boleh memberikan nilai baik dan buruk, bergantung bagaimana kita melihatnya dan menanganinya dengan tepat. Nikmat yang kita dapat tidak selalu memberikan kesan yang baik kepada kita. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

smurf